Wednesday, May 27, 2015

Mimpi anak mak.《 ¤ ¿ ¤ 》

UDIN - IRDINA { FASA TOET ~ TOET }


Mata Udin khusyuk lagi tawaduk mengintai anak dara pingitan Pak Ajis kampung sebelah, Irdina yang sedang main batu seremban dengan kawannya Siti di atas pangkin di tepi sawah. Pangkin kecil itu selalunya penuh dengan kanak kanak ribena bertocang dua dalam lingkungan 8-10 tahun apabila mereka selesai mengaji Quran dengan Mak Yah di surau.

Semalam dia bermimpi berkahwin dengan Irdina sambil naik lembu. Ada anak anak kembar tapi mereka hidup di bandar. Dia jadi doktor pakar bedah di Kuala Lumpur. Bila dicerita pada emaknya, terus kepalanya di sekeh dengan senduk air teh.

"Mak tak percaya..."
Sedangkan dia rasa mimpi tu macam betul. Real bak kata orang putih.

Mak aku kata, 'Realiti'nya kau tu sekolah pun nombor belakang sekali. Toksah duk mimpi nak jadi doktor.' Okey laaaa...sedar diri!!

"Udin...! Awat hang duk tertonggeng lagu tuuu?? Dak pi mengaji kaa...?" Pak Yob yang entah dari mana muncul di belakang Udin yang sedang tertonggeng di belakang pokok pisang kembar tiga kira kira 10meter dari pangkin kanak kanak ribena tadi.

Kanak kanak ribena yang duk rancak main batu seremban turut berhenti dan memandang Udin sambil berbisik sesama mereka. KECUALI Irdina dia! Cehh!! Perasan kau Udinn!

Udin tepuk dahi. Sambil berpaling dia tersengih pada wajah tua Pak Yob. Kantoi pulak hari ni. "Dak aihhh...Udin nak pi laa ni Pak Yob. Pak Yob nak pi mana ni..?"

"Aku nak baliklaa. Tadi dari kebun nu haa! Tengok tengokkan ubi dengan pisang. Dapatlaa setandan dua. Kamu nak ke Udin? Kalu nak, Pak Yob pi tinggai kat rumoh kamu sesikat dua..."

Udin sengih lagi. Pak Yob ni. Mentang mentang la dia juara makan pisang Kampung Pisang, di bagi free nya kat aku. Mau jeles kanak kanak ribena bertocang dua ni. " Dak paa la Pak Yob. Dari Udin makan free, baik Udin tolong Pak Yob juaii... dapat jugak upah 5kupang. Boleh masuk tabung, yaa dak..?"

Pak Yob sengih. " Bertuah Hj Seleman (Sulaiman) dapat anak macam hang ni. Kalu gitu besok hang mai kat kedai Kak Yong naa.."

Udin mengangguk. " pi mengaji dulu laa Pak Yob. Sat gi kena sebat dek abah pulakk..'

" hurmm..iyolaaa...Pak Yob balik dulu laa naa..."

Udin mengangguk sekali. Bila melihatkan Pak Yob berlàlu barulah dia memulakan langkah ke surau.
Langsung terlupa anak dara yang diintainya tadi.

"Weyhhh!! Inaaa!!" Paha Irdina di lempangnya kuat. Papp!!

" apa hangg ni! Duk pukuii aku pulakk?" Irdina menggosok paha kanannya yang sakit. Matanya masih lagi menyorot langkah kaki Udin yang semakin hilang di sebalik pokok.

" hang tuulaaahh. Duk tenung si Udinn tu macam tak pernah jumpaa. Awat? Berkenan kaa cekk??"

"Aku pelempang tak dak. Geletek hang nak..? Aku geletek terbocokk sat gi jangan duk salahkan aku naa.."

Siti sengih. Mereka menyambung kembali permainan batu seremban. Namun hatinya musykil. Irdina suka Udin kaa?

UDIN - IRDINA { MAKAN KEK, RASA DURIAN }

Pak Ajis memandang Irdina anak bongsu nya yang sudah dewasa itu asyik duk tenung sawah. 25 tahun. Dulu besar tapak tangan. Sekarang dah ada orang pinang. Cepat nya laa masa berlalu.

"Bahhh! Awat nya si Udin tuu pinang cekk..?"
Irdina yang baru sahaja sampai dari Scotland dua hari lepas terkejut beruk bila tengok Abang Umar ( abang sulung Udin ) dengan Kak Sarah ( bini dia) datang bawak cincin. Penat jetlag dak hilang lagi dah masuk melamar orang. Ape ni?? Mak abahnya si Udin ada kenduri masa tu. Si Udin ni pun satu tak menyempat.

"Laa! Awat hang duk tanya abah. Pi la tanya si Udin nuu. Bukan ka, si Udin nuu mata air hang kaa masa kecik..?"

Abang long, Kak long Na dengan Kak Ngah terkekek ketawa walaupun tangan masing masing duk kalut cicah pelam dengan kicap dengan muka duk hadap piring kicap. Naseb Abang Ngah dak balik lagi. Kalu tidak mesti dah terburai gelak depa ni.

"Mana ada abahh. Itu zaman bebudak laa. "

"Eloklaaa tu. Dah kawin sat gi, bulehlaa jadi mak budak. "

"Makkkk!!" Haisyyy...bukan nak bagi orang senang hati. Duk usik pulakk. Ni nak teriak ni.

Hahahahahah!!! Abang long dengan kak ngah dah tersenak senak tekan perut gelak besar. Kak long Na je yang tersenyum sumbing. Mungkin sebab dia kakak ipar. Jadi tak berani sangat nak gelak.

" haaa!! Gelak - gelak!! Biar tecekik cicah cabai baru tauu!! Sudah lahh. Malas nak layan. Buat orang pening lagi ada. Bukan nak tolong." Irdina bangkit dari pangkin dan berlalu ke dalam rumah.

Masing masing diam.

" tulaa. Suka hangpa duk gelak kat adik. Ni dia dah merajuk. Ni sapa nak pujuk laa ni. Ina tu bukan macam Acik. Mudah cair macam ayak batu..."

Diam semua anak anak Pak Ajis. " maaf abah..." Izzad merangkap abang long bersuara. Dah salah buat cara salah.

Sepuluh minit kemudian kereta Alza hitam menyusur masuk ke perkarangan rumah yang di pandu oleh Irham merangkap abang ngah bersama isterinya Natasha dan Acik Irshad. Bersama mereka dua kanak kanak berusia 3 tahun memakai gaun berlari ke arah atuk nenek mereka.

" Assalamualaikum semua." Irham berjalan beriringan dengan isterinya yang sudah boyot sedikit itu. Tangan Pak Ajis di salamnya lalu di peluk lama. "Rindu abah!"

"Abah pun duk ingat kat hangpa anak beranak. Kata duk telipon selalu pun mana sama jumpa lagu ni.."

"Sihat mak..?" Kak ngah Natasha bertanya pada mak. Mak pantas memeluk dan mengusap perut boyot kak Ngah Natatsha.

" dah ada bini duk rindu mak abah lagi kaa..?"
Abang long menyampuk sambil bersalam dengan adiknya.

"Rindu bini aku buleh peluk hari hari. Rindu mak abah aku buleh telipon jelahh. Ni mane bini hang long? Bujang kau ari ni..?"

Yang lain mengekek ketawa mendengar kata kata Irham. Kaki usik nombor satu.

" mana ada bujang. Kak long hang kat dapur nuu. Amik kicap."

Irham mengangguk. Mata memandang sekeliling. Mana budak bertuah yang duk gatai nak menikah tu. Takkan tak lepak sekali kutt. Baru ingat nak usik.

"Ngahh.. hang tolong kami sat.." Irsya Naila si angah bersuara dengan muka kasihan 10 kupang.

Irham kerut dahi. "Awat? Tolong apa. Dak panaih lagi bontot cek nak duduk ni Ila oit.."

"Alaaa ngahhh. Hang laa penyelamat kami. Dah banjir dah kutt Minnn......"

"BABAAAAAAA!!! CHE SUUUUUUUU NANGIHHHHHHH" nyaring suara anak dara Irham bernama Yusrin Alia itu menjerit dari pintu depan rumah.

Irham terlopong. Bini dia juga. Memang sehati sejiwa. Kemudian barula bini dia ketawa kecil.
"Patutlaa mintak tolong kemain. Dah banjir dah pun Adik tu kamu usik ye.."

Izzad sengih sambil garu kening dengan jari kelingking. Overr ke..? Mane ade..? Ceh! Nak lagi tegakkan mata kail tersangkut kat batu.

"Haisyy! Hangpaa ni. Usik adik dak beringat. Had tuu manja. Hadd ni lagi suka buat orang teriak." Irham geleng kepala. Nasib hang laa Udin berkenan dengan adik manja aku. Jenuh laa hang nak pujuk.

---------

 Irdina masih lagi menekup muka di atas Minion pemberian Irham sambil tangannya menconteng kertas lukisan. Terapi marah yang memang berkesan untuk dirinya. Lepas masuk bilik petang tadi dia masih lagi berkurung.

Tokkkk tokk tokk!!!

" Tok soh duk ganggu cekk laa. Cek tak mau makan lagi. Cek takk....

"Dengan angah pun ta mau jumpa kaa? Salam pun ta mau..?" Tombol pintu aku yang berkunci dari dalam kini ditolak dari luar. Terjengul kepala angah yang berkopiah. Ni sepit rambut sape dia bedal buat seligi lubang tombol pintu bilik aku ni?

Tengok muka angah Irdina mula terkebil kebil. Nak teriak. Pasai apa? 1. Rindu setahun dak jumpa.
2. Pasai kena ejek petang tadi. 3. Pasai runsing kena kawin.

Irham masuk dan menutup sikit pintu bilkk adiknya. Tangan di hulur kepada Irdina dan di sambut. Tubuh Irdina ditarik kedalam pelukannya lama.

"Lama dak jumpa hang dik."

"Huk huk huwaaaaa!!!" Bersungguh sungguh aku teriak. Pendam dari semalam lagi.

" hai...? Ngah dak kata apa apa lagi hang dah teriak. Awat nyaaa ni...? Cer habak maii..."lembut Irham bersuara. Pelukan direnggangkan. Isterinya masuk lalu duduk di sebelah kiri Irdina.

Air mata berjejeran keluar dari tubir mata. Tubuh berisi kak Nat ( kak Ngah Natasha) aku peluk.

"Depa duk buli cek ngah..."

"Laa..depa bukan duk buli. Depa nak sakat hang jaa tuu. Hang tak suka ka nak kawin ni..?"

"Dak tau laa Ngah. Pasai si Udin nu masuk pinang cek. Cek mane laa tau.."

"Pasai dia pinang hang laa. Dia suka kat adik laa tuu. La ni hang suka dia dak...?"

"Abang ni. Sape yang nak terus terang suka ke tak macam tuu.." kak Nat menyampuk.

"Sayang jawab je abang tanya..." pipi isterinya di hampiri.

"Apaaa ni?? Beromantika depan orang. Sensorrr tau. Dak kawin lagi ni..udah udah."

"Dah tu pi kawin cepat." Irham ketawa kecil menutup malu. Merah muka isterinya.

"Nak cepat lagu mana lagi ngah oitt. Minggu depan dah nikah,.. cepat laa tu."

"Woww!! Timang cucu lagi laa mak tahun depan..."

"Ngahh!!!" Sasau aku dapat abang abang geng mengusik gini. Irham melangkah keluar dengan kak Nat setelah adiknya kelihatan waras sedikit.hahaha

------------

Irdina ke rumah Udin. Di beri salam tiada yang menyahut. Rumah Udin juga di tepi sawah. Dan terdapat pangkin seperti rumahnya juga.

" mana Mak Cik ni..?" Irdina ke hulu ke hilir di halaman rumah. Ďia menjenguk ke bahagian dapur. Tiada. Tapi pintu rumah terbuka.

Sepuluh minit menunggu. Irdina mula berura ura mahu pulang sahaja. Namun mak Udin muncul dengan buah kelapa dari arah kebun.

" laaa...Ina..pasal apa tak duduk kat pangkin..?"

Irdina senyum lalu menghulur tangan untuk bersalam.

" tak payah salam. Tangan ni kotoqq Ina. Dah lama ka sampai..?"

" dak aihhh. Baru jaa. Mak cik dari kebun sorang sorang kaa..?"

"Berdua dengan pak cik hang. Tapi dia tak balik lagi. Sat lagi balik laa tu. Ina datang ni ada hajat apa..??" Mak cik Rosnah duduk di pangkin.

"Ina sebenarnya nak jumpa Udin mak cik. Dia ada kaa..?"

Berkerut dahi mak cik Rosnah. Bukan ke Udin kat..
"Ada. Duk atas pokok nyuqq tadi.." ujar Mak cik Rosnah sambil dongak kat atas.

Irdina mendongak sama. Terpandang figura yang tak senonoh di matanya. Dasar Udin jadi beruk. Tak pakai baju. Beruk pun ada bulu pasai dia malu.
Laju Irdina pandang tempat laim.

"LA ILA HA ILLALLAH!! BUDAK BERTUAH!! Hang turun sekarang!"

"Awat nya makk? Cek nak petik nyuqq ni. Tadi mak jugak duk teriak suruh panjat pokok nyuqq. Nak makan pulut durian kata tadi.."Udin menjawab dari atas pokok. Nak turun segan dah pasai tak pakai baju. Hahahaa....adehhh segannya cekk makk!

"Hang petik nyuqq muda. Itu nak buat minum ayak nyuk boleh laa. Sudah laa. Abah hang dah bawak balik nyuq tadi. Kamu turun."

"Tapi makk...."

"Apa lagi..?!"

"Cek segan laa mak. Dak pakai baju lagu ni..."

Irdina juga sudah merah muka. Nak tergelak pun ada dengan aksi dua beranak tu. Boleh pulak sorang atas pokok, sorang kat bawah duk bercakap.

" tak paa laa mak cik. Lain kali laa Ina datang jumpa. Dak pun Ina pesan kat mak abah je nanti."

" haaa..molek jugak lagu tuu. Had tuu pun satu. Patut laa tak turun dari pokok. Malu rupanya." Aku tersengih dan berlalu. Tak berani nak pandang atas pokok nyuqq. Sudahnya dia balik sahaja tanpa bincang apa apa.


UDIN- IRDINA ( FASA BAHAGIA)

Irdina diam sahaja selepas sah menjadi isteri Udin atau nama sebenarnya Salahuddin Al Ayyubi. Nama dah sebijik macam tokoh Islam tapi ini Udin haahhh...!!! Romeo kalah Leonardo de Caprio kutt.

"Mandi laa dulu kut ye pun nak termenung..." ujar Udin sambil meletakkan songkok di meja solek Irdina. Bilik Irdina boleh dikatakan besar juga sebenarnya sehingga boleh menempatkan sebuat katil King di tengah tengah bilik, almari 3 pintu di bahagian hadapan katil, meja solek di ruang sudut kiri, dan bahagian kanan terdapat ampaian sejadah dan sebuah rak buku mini.

Melihatkan tiada jawapan dari Irdina, Udin duduk di sebelah isterinya sehingga hampir bersentuh bahu mereka. Masing masing masih lagi dengan baju pengantin.

"Duduk laa sana...tok sah duk kacau aku." Irdina bersuara perlahan. Cukup perlahan sampai hanya Udin sahaja boleh dengar. Pasal rumah kayu.

Udin sengih. "Kenape pulak..? Dah jadi suami kan...? Duduk kat isteri dia yang comel ni laa..."

"Udin! Tak lawak.. hang diam sat buleh dak..? Aku..."

"Sakit sangat ke...?hurmm..?" Udin tanya lembut. Matanya mula merayap ke arah kecantikan wajah isterinya. Mata hitam pekat itu ditatap lama sampai merah pipi isterinya. Tersungging senyuman Udin.

"Sakit apa?" Irdina ketap bibir. Angah bocor rahsia aku ke..?

"Hurmm...betullah. Angah bagitau. Dia kate bimbang Dina sakit sangat."

Muka Irdina berbahang. Walaupun period adalah perkara normal tapi dia tetap rasa malu dengan Udin. Lelaki yang sudah diiktiraf sebagai suami.

"Its okay... normal laa tu. Yang tak period tu yang tak normal." Aku mengangguk sekali tanpa memandangnya. Segan. Sesekali berkerut juga bila terasa perut aku di pulas pulass. Mak!! Sakit!.

" pergi mandi dulu pastu baring lahh. Rehat."

"Kau nak solatkan. Pergila mandi dulu. Lepasni baru aku mandi."

Udin mengangguk tanda setuju. Dia bangkit dan berlalu ke bilik air selepas mengambil tuala. Irdina mengeluarkan baju Melayu maroon Udin dari beg dan iron kemudian barulah di sangkut ada hanger.

Irdina bersedia dengan barang mandi. Tudung pun tak dibukak lagi. Bila sakit dia akan kurangkan pergerakan semaksima mungkin. Sebabtu laaa malas je nak mandi. Tapi memikirkan sekarang ini dia hidup berdua dengan Udin, maka di gagahkan juga kaki.

Udin memandang sahaja langkah longlai Irdina masuk ke bilik air. Nampak sangat sakitnya bila dahi itu berkerut hampir kebanyakan masa.

Usai solat jemaah di surau. Udin duduk menempel dengan mak mentuanya. Nak mintakkkkkk...

"Nak ape?" Abang long bersuara dari muka pintu dapur.

"Tips untuk hilang period pain. Teruk sangat tuu. Berkerut seribu dahi Dina longg..ubat klinik dia dak makan..."
Terdiam Izzad. Mood mengusik ditolak tepi. Kesian pulak dengan adiknya.

"Adik jarang cerita apa apa kat kami Udin. Paling tak pun dia cerita kat angah dia tulaah. Angah cakap apa siang tadi..?"

"Tak dak apa pun. Suruh Dina tidur jaa. Jangan bagi dia gerak banyak banyak."

Mak mengangguk. " tak dak apa aiyhhh. Selalu pun dia memang lagu tuu. Nanti baik sendiri..."
Udin diam. Nasinya di makan ala kadar sekadar ambik hati mak mertua.  Risau bini oitt.

Jam 11.30pm.

Udin menapak masuk ke bilik mereka berdua. Irdina berbungkus satu badan. Hanya kepala saja kelihatan. Usai bertukar baju tidur, Udin merebahkan tubuhnya di sisi Irdina. Tangan kiri menongkaf kepala. Mata tak lepas memandang Irdina. Tiba tiba Irdina bukak mata. Tak tidur lagi rupanya. Mata Irdina direnung lama. Tangan naik menguis anak rambut di dahi isterinya yang hampir menutup mata. Turun pada pipi. Sejuk macam air batu.

"Kenapa tak tidur lagi..?hurmmm..?"perlahan Udin bertanya. Mata tak lepas memandang isterinya.

"Painn! A lot. Tak boleh tidur." Mata Udin di tatap lama. Terasa sesuatu bila mata bersambung.

"What should i do then..?"

"Just sleep. Its oo..k...

Udin merapatkan tubuhnya dengan Irdina. "Its not okay sayangg...come.let me hug you.."

Irdina kaku bila tiba tiba tubuhnya ditarik ke dalam pelukan lelaki itu. Terbau haruman badannya. Wangi. Kepalanya dialas dengan lengan. Muka nya betul betul didada suaminya.

"Try to sleep. Ok..?"

"Hurmm...oo kayy..." terasa ada usapan lembut sekitar pinggangnya. Matanya jadi layu dan sakit seakan berkurangan. Akhirnya mereka berdua lena.

UDIN – IRDINA ( FASA BER JUNIORSSS )

"Udinnnnnn......."

"Sayanggggg...dah berapa kali abang cakappp..."mengekek dia ketawa. Suka mengusik suaminye yang sedang memasak di dapur. Sekali sekala Udin rajin memasak untuk mereka bila hari cuti.

Dia berjalan perlahan di belakang suaminya. Tangan menjalar ke pinggang lelaki itu lalu di peluk erat. Mukanya di letak pada rusuk kiri Udin. Bau badan Udin wangi di hidungnya. Laki dia suka mandi tau. Pasai tu wangi.

"Ni nak goda abang ke ape ni?? Hurmmm...?" Tangan kanan isterinya di pinggang di bawa ke dada. Hari hari macam ni. Bermanja. Dah lapan tahun kawin pun macam ni laah Irdina setiap pagi.

"Goda pun abang tinggal jugak Dina sorang sorang."

Udin tersenyum. Rasanya ni merajuk pasal dia cakap dia nak pi Hong Kong ni malam ni. Itu yang muncung dengan beranak sungai aje pagi tadi masa solat subuh. Tapi...ade benda lain yang dia musykil. Irdina tak perasan kutt..

"Sorang ke...? Abang rasa macam dua je...? Kann...?" Suami kalau tak faham feel tubuh badan isteri tak sayang isteri laa tuu. Bukan dia tak check, pasal terlebih check laa ni dia rasa agakan dia betul.

"Abanggggggggg....." makin meleret panjang nada Irdina. Tersenyum Udin. Itu maksudnya ' Dina tak perasan abang..'

"Hurrmm. Tell me. Betul kan ape yang abang cakap...?" Tubuh Irdina di pusing menghadapnya selepas menutup api masakan.

"But you still left me tonight abang...?"

Udin diam. Kaku senyumannya. Sebenarnya dia pun baru konfirm dua saat tadi. Sebelum ni dia hanya diam memerhati lenggok jalan, feel makan, waktu tidur dan of course la period Irdina. Semuanya menandakan yang Irdina sedang membawa satu lagi zuriat mereka berdua.

Dia keliru juga mula mula tu. Yelah, si kembar toet toet tu baru setahun umurnya. Sedapngkan abang dengan kakak itu berjarak la juga hampir dua tahun keduanya.

"Abang kerja sayangg. Sory... abang baru konfem sayang preggy dua saat tadi. If not abang batal awal awal lagi."

Irdina diam. "Jomm naik atas.." ajak Udin setelah 5 minit mereka diam.

"Nak buat apa..?"aku dongak pandang dia sambil dagu di dadanya. Dahi hangat kucupan Udin.

"Urin test sayang. Abang nak check. After pack barang, abang hantar sayang rumah mak ye..."

"Tapi...si toet toet tuu...jenuh mengikut abang nanti. Abang okey ke..?"

Udin senyum tawar. Nak tinggal bini dengan anak anak adalah perkara sukar baginya. Setiap kali malamnya di OT ( operation theater) di hospital juga dia sudah tak senang duduk. Inikan pulak dengan kembarnya masih kecil. Isterinya pula berbadan dua lagi. Naseb laa abang dan kakak dah agak besar.

---------------

Usai ke klinik, dan mendaftar rekod di klinik berdekatan. Mereka anak beranak berangkat pulang ke Sungai Petani.

" mak dengan abah tengok tengokkan Dina ye. Maaflah. Udin baru perasan pagi tadi. "

"Iye. Tok sah duk risau laa. Alhamdulillah. Murah rezeki hangpa berdua.."

Udin senyum. Irdina lena di ribanya akibat tak boleh tidur langsung dalam perjalanan tadi. Si kecik toet toet meragam sahaja dari tadi.

"Alhamdulillah mak. Udin duk perasan dah. Lain macam gaya jalan, perangai, manja dia, period dia...udin perasan semua tu. Tapi ragu ragu laa jugak pasai beza setahun jaa. Abang dengan kakak tu sempat laa jugak dua tahun. "

"Dak apa aihhh...tok sah duk risau. Rezeki Allah S.W.T nak bagi. Terima dengan amanah naa."

"Kesian jugak kat Dina mak. Udin kerja sehari hari. Kadang tu malam tak balik. Duk hospital. Itu yang Udin risau. Ni tahun depan abang dengan kakak kena sekolah dahh. Had kecik toet tu tak tau sapa nak jaga sat gi. Orang gaji din tak harap mak. Dina pun tak bagi ambik orang gaji."

"Tak pa lahhh...hang cuba laa pindah hospitaii..meh kerja kat kawasan ni. Nanti anak bini hang suruh duduk dengan mak ka..mak hang ka. Adalah yang nak menengok nanti."

Udin mengangguk. "Itulahhh...Udin ada pikiaq nak pi tengok tanah kat sebelah rumah abah nuu. Tu memang tanah Udin. Udin ada beli sekeping belum kawin dulu.."

"Haa...moleklaa lagu tuu..semua ada.nenek ada. Atuk ada. Itik ayam kerbau ada.."
Udin tersenyum dan ketawa kecil. Akhirnya, mungkin ini tempat paling sesuai untuk di ukirkan mimpi anak anaknya supaya mimpi jadi nyata. Mungkin macam mimpi dia jugak. Mungkin.

'Sama-sama ye sayang...' Irdina yang sedang lena di pandang kasih direnung sayang. Isteri dan ibu terbaik buatnya dan anak anak.

Sekiannn!!! Habiss dahh!!
Dak tau laa cekk dok melalut apa...
Main hentam taram saja.

Dah baca komen laa naa. Dak baguihh cakap dak baguihh..dak paa..cekk terima. Okeyyyy!!

No comments:

Post a Comment

Komen naa!! TQ !