Sharifah Nur Husna duduk tegak di kerusi VVIP yang disediakan oleh pihak hotel dan memandang sekeliling. "Gruuuukkkkk..krekkk!!"perutnya berbunyi. Husna ketap bibir. Haisyy! Kuat pulak bunyi nya.
Makanan yang di hidangkan secara buffet itu langsung tak dijamah nya. Lembik lembik,.Husna dah konfius. ' ni makanan ke bubur ni..? Alaaaaa...tak de ke nasi goreng ke..?nasi ayam ke. Kenyang laa sikit perut aku ni.
Akibat tak tahan lapar, Husna bangkit mendapatkan abangnya, Wadi Rafiq yang segak bertuxedo. Abangnya itu sedang rancak berborak dengan kawannya. Dia perasan kawan abangnya itu menjelingnya sekilas sebelum abangnya memandangnya.
" hah..! Adik, nak ape ni cari abang?"
" lambat lagi ke nak balik..?"
Wadi mengerutkan kening sambil menjeling kawannya, Raja Yusran. Kawan nya mengangkat kening bertanya kenape? Dia diam tak jawab tapi memberi perhatian pada adiknya.
" laaa..majlis baru mula setengah jam dik. Kenape? Adik tak sihat ke?" Belakang tangan dilekapkan pada dahi Husna. Husna menepis lembut.
" ni my belly ni sakit. Lapoooo laaa abangg. Jom laa balik." Tangan Wadi dgoncang berulang kali. Macam budak kecik tak dapat ais krim.
" laaa..tak makan ke?" Yusran menyampuk. Takkan nak jadi tugu negara kat situ pulak. Lagipun, Husna ni nampak comel je dengan gaun hitam barbie doll. Rambutnya dilepas sahaja sehingga pinggang.
" tak sedap laa. Adik nak makan nasi goreng ayam."
Ternganga anak teruna dua orang tu dengar aku cakap macam tu. Yelahhh! Dah betul aku lapar nasi bukan spagheti putihhh tuu.
" dikk...."
" En Wadi.." Raisya PA abang datang. Aku pandang sekilas Raisya yang cantik dengan dress kuning cair. Rambutnya disanggul tinggi.
" abang....." aku tarik tangan abang bila dia mula nak tinggalkan aku. Abang pandang aku. Muka dia serba salah gila aku tengok.
" ikut aku. Aku masakkan kau something. "
Aku terlopong sambil memandang kawan abang. Dia? Pandai ke dia masak? Abang dah sengih lega.
"Thanks bro! Masak sedap sedap sikit kat adik aku ni. Jangan bagi pedas sangat. Budak ni ada gastrik."
Aku baru nak panggil dia dah blahhh. " heii...abang nii...!!"
Aku pandang Yusran yang dah bersedia untuk menuju ke dapur hotel. Sesedap rasa dia je nak masak kat sini. Bapak dia punya dapur hotel ke..?
" aku tukang masak kat sini. No big deal. And plus my dad owner this hotel." Lelaki itu berpaling mendadak dan
BUMMM! Husna tercium dada bidang Yusran. Harum wangian Yusran cepat sahaja menyusup ke hidungnya. Mereka berdua terpaku tak bergerak. Kaku disitu.
" errr... errr...boleh kita gerak sekarang..?"
Yusran bertanya. Laju degupan jantungnya sampai nak bercakap pun gagap. Adehh!
"Err..hemm.." lambat lambat Yusran berpaling. Mereka tiba di dapur tiga minit kemudian.
---------
Husna ralit memerhatikan Yusran yang cekap menyediakan hidangan. Sekali sekala lelaki itu memandangnya dan dia cepat melarikan mata. Segan tak habes lagi.
"Nah! Jemput makan. " lima minit kemudian. Nasi goreng ayam berserta segelas jus oren siap di hidang di depannya dengan cantik sekali.
"Wahhhhh!!" Spontan mulut Husna mengomen. Yusran sengih bangga.
"Cuba rasa. Kena dengan tekak tak?"pinta lelaki itu. Husna mengangguk. Nasi goreng yang masih berasap tipis itu disudu sedikit lalu dsuap.
Yusran memerhati penuh minat. Husna memejam mata 30 saat. Kemudian dia menaikkan ibu jari. Yusran tersengih lega.
"Sedapnyaa."
No comments:
Post a Comment
Komen naa!! TQ !